
Hasrat pelakon Aeril Zafrel untuk menjual semula sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador yang dihadiahkan oleh isterinya, Wawa Zainal mengundang persoalan dalam kalangan netizen.
Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 34 tahun itu berkata dia sekadar ingin ‘feel’ memandu kereta bernilai RM2.27 juta tersebut dan tidak berhasrat menggunakan dalam tempoh yang panjang.
Disebabkan perkara itu, netizen mula membuat pelbagai spekulasi kerana mengikut logik, mengapa dia perlu menjual kereta berwarna kuning itu terlalu awal, sedangkan ia adalah pemberian istimewa oleh isteri tercinta.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan laporan tersebut di laman Facebook, segelintir netizen mempersoalkan sekiranya kereta mewah itu hanya disewa atas tujuan ‘marketing’ untuk tempoh tertentu.
Bagaimanapun, terdapat juga individu ‘sesuka hati’ memberi beberapa sebab dan kemungkinan pelakon drama Tercipta Satu Ikatan mahu menjual Lamborghini berkenaan.
Cakap jelah kereta sewa?
Kereta sewa boleh ke jual?
Terdahulu, Aeril terkejut apabila menerima hadiah tersebut yang disifatkan isterinya sebagai penghargaan kerana melalui susah senang mereka bersama dalam membina perniagaan sehingga berjaya.
Hadiah ni tak seberapa, kalau dibanding dengan pengorbanan kau
View this post on Instagram
Sumber: Facebook Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Instagram Wawa Zainal
Leave a Reply