BER4T mata memand4ng, ber4t lagi bahu yang memikul bebanan.
Begitulah k1sahnya mengena1 jejaka ini apab1la satu-satunya kereta yang dimil1ki rosak dalam kejadian kebakaran pada Rabu minggu lalu.
Menurut Muhammad Nurhasif Rahmat, 21, kebakaran gudang perabot di hadapan rumahnya di Kampung Tengah, Puchong, Selangor turut merebak sehingga merosakkan bahagian belakang Perodua MyVi miliknya.
Lebih p1lu katanya, dia baru sahaja empat hari berp1ndah ke kediaman itu dan kini buntu untuk keluar bekerja apabila kereta berkenaan terpaksa dihantar ke bengkel buat sementara waktu.
“Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi. Ada orang ketuk pintu, maklumkan bahawa gudang depan rumah terbakar. Masa tu api dah marak.
“Ketika buka pintu rumah, saya tak tahu nak buat apa. Perasaan memang sedih bila tengok kereta sendiri dalam keadaan begitu. Saya bukan orang senang. Bukan senang nak dapatkan kereta itu.
“Kebetulan pada hari kejadian, ayah tergerak hati nak datang tidur di rumah saya. Ketika api marak, ayah sempat alihkan kereta saya. Dalam keadaan panas, ayah sanggup alih kereta saya. Ayah sanggup redah,” ujarnya kepada mStar.
Isteri Hasif kini hamil empat bulan.
Mesra disapa Hasif, dia memberitahu lapan trak bomba turut dikejarkan ke lokasi itu sebelum api yang marak berjaya dipadamkan sekitar pukul 5 pagi.
Kata Hasif, biarpun kereta itu tidak rosak sepenuhnya, ia tetap memberi kesan buatnya memandangkan isterinya, Nurul Farah Eszurin M Azmi, 21, kini sedang hamil empat bulan.
“Kami baru empat hari berpindah. Saya pilih rumah landed sebab kesiankan isteri. Rumah lama kami tiada lif. Isteri pula sedang hamil empat bulan.
“Sekarang saya terpaksa guna perkhidmatan Grab untuk bawa isteri buat pemeriksaan kehamilan. Dengan nak bayar sewa rumah dan komitmen lain lagi, kereta pula tak boleh nak digunakan,” ujar Hasif yang kini bekerja sebagai kelindan lori.
Kata Hasif lagi, dia juga berbesar hati sekiranya ada pihak yang mahu menghulurkan bantuan bagi menampung bebanan yang terpaksa dihadapi gara-gara kejadian itu.
Kereta Hasif rosak akibat disambar api dalam kejadian tersebut.
Untuk rekod, kisah penyatuan Hasif dan isterinya yang digelar sebagai pengantin muda pernah mendapat liputan mStar pada 6 September lalu.
Kisah mereka tular apabila Hasif gagal menahan air mata selepas akad nikah gara-gara sebak memikirkan tanggungjawabnya yang baru bergelar suami.
Pasangan itu dinikahan di sebuah masjid di Puchong pada April lalu.
Sumber :mstar
Leave a Reply