Nangis Anak Nak Balik Ke Bandar, Ramai Sebak Teringat Mak Ayah Sendiri

Melihat anak-anak pulang ke kampung merupakan satu perkara yang sangat membahagiakan ibu dan bapa. Mereka sudah tentu merindui anak-anak yang sudah mulai keluar dari rumah keluarga setelah meningkat dewasa bagi membina kehidupan sendiri.

Walaupun kadang kala ibu dan ayah tidak menunjukkan betapa mereka merindui kita, namun dari gerak geri dan tingkah laku apabila kita pulang ke kampung dan beransur ingin kembali ke kediaman masing-masing, pastinya terlihat riak sedih diwajah tua mereka.

Sebak pegang pintu kereta

Hal ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi Tik Tok yang memuat naik rakaman bapanya yang begitu sebak melepaskan anaknya pulang selepas beberapa hari berada di kampung.

Dua minggu sekali pulang jenguk abah

Sambil memegang pintu kereta, dapat dilihat bapa kepada @noramusz menangis melambai anaknya yang bergerak pulang. Dalam kapsyen yang disertakan juga begitu menyentuh hati warganet.

menjelaskan kerap pulang menjenguk bapanya selang dua minggu sekali, namun disebabkan faktor usia, mungkin bapanya mudah berasa sayu kerana kesunyian.

Ramai yang alami perkara sama

Video yang tular itu juga telah berjaya memancing emosi warganet yang rata-rata meninggalkan komen menzahirkan rasa sebak melihat momen tersebut.

Mereka juga mengakui rindu akan ayah di kampung yang pastinya merasakan perkara sama apabila melihat bapa @noramusz menitiskan air mata ketika anak mahu bergerak pulang.

Menangis tengok video ni

Teringat dekat arwah abah

Sayangi mereka sementara masih ada

Ibu ayah memang selalu tahan rindu

Sumber: @noramusz

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*