Berikutan kehilangan kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut bersama bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Khamis lalu.
Kapal Penyelamat bagi Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia ; MV Mega Bakti sedang dlm perjalanan ke Bali Indonesia bagi membantu pencarian dan menyelamat kapal selam KRI Nanggala 402 & 53 orang anak kapalnya🇲🇾🇮🇩 pic.twitter.com/aMWLEsyaVk
— Zir^🧣 (@Zir80s) April 22, 2021
“TLDM SIAP SIAGA SEBILANG MASA”
Panglima Angkatan Kapal Selam memberikan kata-kata semangat kepada Tim Operasi Mencari & Menyelamat yang akan belayar bersama MV MEGA BAKTI menuju ke posisi pencarian KRI NANGGALA.#NavyNews#NavyUpdate pic.twitter.com/mDyay2YunE
— RMN SUBFORCE (@RMN_Subs) April 22, 2021
Meninjau di platform media sosial, rakyat Indonesia meluahkan rasa terharu terhadap ketersediaan Malaysia dengan mengatur gerak kapal penyelamat MV Mega Bakti dalam membantu musibah dihadapi negara jiran.
Menerusi beberapa ciapan di laman Twitter, mereka mengucapkan terima kasih atas usaha pihak TLDM dan bantuan dari negara lain serta mendoakan agar semua 53 kelasi dapat diselamatkan.
Selain itu, ada juga individu mendoakan agar hubungan Malaysia-Indonesia terus terjalin erat bukan atas dasar politik semata-mata, sebaliknya dari semua aspek serumpun.
Semangat serumpun Terima kasih Malaysia
Moga persahabatan negara kita tetap terjalin baik
Selain itu, seorang pengguna TikTok @kang_raket_11 turut menunjukkan rasa hormat dengan memuat naik paparan berita Indonesia yang melaporkan mengenai TLDM ketika belayar menuju ke perairan Bali Utara.
@kang_raket_11Malaysia kirim mv Mega bakti untuk pencarian kapal nanggala 402 #malaysia #singapore #indonesia #prayfornanggala402♬ nhạc nền – Chill Uot Lofi
Salam respek untuk rakyat Malaysia
@kang_raket_11Balas @melayarjiwaro 🙏🙏🙏🇮🇩🇲🇾
Terdahulu, media tempatan melaporkan, kapal selam milik TNI itu terputus hubungan ketika menjalani latihan pada jam 4.30 pagi Rabu di sekitar 96 kilometer di perairan Bali.
Malah, TNI juga mengesahkan bekalan oksigen yang terdapat dalam kapal selam berkenaan hanya mampu bertahan selama 72 jam sahaja.
Sumber: Twitter , TikTok , Harian Metro
Leave a Reply