16 tahun setia berkhidmat, majikan sebak pekerja Bangl4desh nak balik kampung
Pandangan neg4tif sesetengah orang tentang pekerja warga asing dari negara-negara kelas ketiga sering kali kita dengar sejak dari dahulu.
Oleh itu, bukan semua daripada mereka datang ke negara kita untuk tujuan tidak baik kerana kebanyakkan daripada mereka hadir demi mencari rezeki buat keluarga yang jauh beribu batu.
Kembali ke Negara asal
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang majikan yang dikenali sebagai Sufi Amin apabila memuat naik luahan sebaknya perlu berpisah dengan salah seorang pekerja warga Bangladesh yang setia dengannya selama 16 tahun bekerja dalam bidang ubah suai rumah dan pembinaan.
Tak boleh sambung permit atas faktor umur
Menurutnya, pada 14 Januari 2022 dia akan menghantar pulang pekerjanya itu ke lapangan terbang kerana dia akan pulang terus ke negara asalnya selepas permit sebagai pekerja di negara ini tidak dapat disambung lagi atas faktor usia.
Disebabkan itu, Sufi sangat menghargainya kerana menganggap seperti guru walaupun diatas kertas dia adalah seorang jurutera, namun sepanjang berbelas tahun bekerja bersama, pekerja tersebut banyak mengajarnya tentang bidang yang mereka sama-sama lakukan.
Anak pun ada yang sudah bergelar guru di Bangladesh
Paling mengharukan apabila lelaki berkenaan memaklumkan yang hasil gaji setiap bulan pekerja itu dihantar ke kampung untuk membesarkan anak-anak dan sekarang ada diantara mereka sudah bergelar guru dan bakal berkahwin tidak lama lagi.
Sufi juga menulis meminta agar pekerjanya itu menghalalkan segala keringat dan ilmu yang telah dicurahkan kepada syarikat berkenaan kerana jasa serta baktinya sangat tidak ternilai.
Tahniah bro! Sama2 kita mudahkan urusan orang
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang berasa sebak dengan luahan dan kata-kata penghargaan seorang majikan kepada pekerjanya yang setia walaupun bukan warganegara tempatan.
Mereka juga memuji tanggungjawab pengguna Facebook berkenaan yang sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanajng 16 tahun pekerja itu berkhidmat untuk syarikatnya.
Komen Netizen :
Tertitis air mata baca luahan abang inu, Memang pengalaman tak boleh dibandingkan dengan duit.
Jangan lupa like dan share caramohon
Sumber: Facebook Sufi Amin
Leave a Reply