Subahanallah, Tulaar Remaja Pemungut Sampah Luang Masa Baca Al-Quran Berteman Guni.
Walaupun hidup serba kekurangan dan tidak dikurniakan harta kekayaan yang melimpah ruah, seorang remaja yang juga pengutip sampah dipuji warganet Indonesia kerana dilihat sedang duduk berteleku membaca Al-Quran di kaki lima Jalan Braga, Bandung, lapor Gelora.
Gambar yang menyaksikan remaja tersebut sedang membaca kitab suci Al-Quran sambil menyemat erat karung guni di lutut untuk menutupi kaki telah tular dan menjadi bualan warganet di sana.
Kisah remaja itu juga dimuatnaik oleh detikcom di Instagram dan dibanjiri reaksi positif dari warganet.
Menurut detikcom, remaja tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Al-Gifari atau Akhbar membaca Al-Quran di kaki lima ketika menunggu hujan reda.
“Dia mungkin saja tidak terkenal di dunia, namun boleh jadi penduduk langit amat merindukannya. Siapa pun nama remaja ini, dia telah mengajarkan betapa pentingnya waktu untuk langit,” kata salah seorang warganet.
Video :
Sumber: Gelora, detikcom
Leave a Reply