
INi adalah Kisah adik Muhammad Hafiy Affan Mohd Hasiif pada 1 Nov 2020 yang telah menghid4p ‘Pfeiffer syndrome’
Pada waktu itu Usianya baru mencecah sembilan bulan namun sudah diduga dengan penyak1t ‘Pfeiffer syndrome’ sehingga sebahagian kedua-dua kelopak matanya terp4ksa dijah1t ketika berusia seawal dua bulan bagi mengelakkan bebola matanya terkeluar.
Nor Akma Aini Azmee, 24 berkata, anaknya Muhammad Hafiy Affan Mohd Hasiif yang juga dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) susulan mengalami kelewatan pembangunan secara umum atau dikenali sebagai ‘Global Development Delay’ (GDD) yang menyebabkan kecac4tan pada muka, bentuk tengk0rak tidak normal dan juga tiada lubang di kedua-dua belah telinganya.
Menurutnya, pada awalnya, Muhammad Hafiy Affan dilahirkan secara normal di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) namun ketika berusia sebulan lebih dia mendapati keadaan fizikal anaknya itu tidak seperti b4yi lain.
“Bimbang dengan keadaan itu saya membawa Muhammad Hafiy Affan ke HRPZ II untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut sebelum dia dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan pakar perubatan di sana.
“Doktor mengesahkan Muhammad Hafiy Affan telah menghid4p ‘Pfeiffer syndrome’ dan ketika berusia seawal dua bulan dia terp4ksa menjalani pemb3dahan untuk menj4hit kedua-dua kelopak m4tanya selain doktor terp4ksa membuat pembedahan pada bahagian lubang hidungnya bagi memudahkan pernafasan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.
Nor Akma Aini berkata, lebih menyedihkan ketika Muhammad Hafiy Affan berusia empat bulan, anaknya itu sekali lagi terp4ksa menjalani pemb3dahan bagi memasukkan ‘shunt’ atau tiub yang dipasang di bahagian kepala hingga ke perut untuk mengalirkan lebihan cecair yang terdapat di bahagian kepalanya.
Katanya, anaknya itu berkemungkinan akan menjalani beberapa lagi pemb3dahan termasuk di bahagian kepala dan telinga bagi perkembangan kesihatannya namun ianya masih di peringkat perbincangan selain menunggu usia Muhammad Hafiy Affan mencecah satu tahun.
“Setakat ini saya perlu memperuntukkan hampir RM1,500 bagi menampung kos keperluan Muhammad Hafiy Affan termasuk kos ulang-alik dari Kelantan ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), Kuala Lumpur, hampir sebulan sekali, keperluan untuk menukar tiub bagi membuang kahaknya yang memakan kos RM250 sebulan selain susu dan lampin pakai buangnya.
Sebelum ini saya mengambil upah menjahit pakaian, namun terpaksa berhenti bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak saya yang perlu dipantau setiap masa. Kini saya hanya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami, Mohd Hasif Mohd Hasbi, 27, yang bekerja kampung dengan pendapatan RM500 sebulan selain ada ketika terpaksa meminjam dengan saudara bagi menampung perbelanjaan anak saya,” luahnya.
Ujarnya lagi, beliau sebelum ini pernah memohon bantuan daripada Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) namun permohonannya itu gagal.
Sumber : santaikaw
Leave a Reply