Aura positif cikgu addmath di Didik TV raih pujian, Awak takkan fail percayalah..

DidikTV yang hampir seminggu bersiaran nyata memberi manfaat kepada para pelajar sekolah terutamanya mereka yang bakal berhadapan dengan peperiksaan besar tidak lama lagi.

Pelbagai cerita berkenaan para tenaga pengajar di saluran tersebut sehingga tular di media sosial. Walaupun ada sesetengah individu yang mengkritik para guruterbabit, namun masih ramai yang memuji cara penyampaian mereka ketika mengajar.

Semangat cikgu mengajar

Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter milik Alan Al Padat, seorang guru matematik tambahan telah dipuji begitu bersemangat dan positif dalam memberi ilmu kepada pelajar-pelajar.

Vibes yang sangat positif & ikhlas

Kata-kata positif yang dikeluarkan memberi semangat kepada para pelajar untuk menjawab soalan begitu memotivasikan kerana dilontar dengan begitu ikhlas.

Masing-masing meninggalkan komen dengan berasa gembira melihat kewibawaan guru tersebut ketika mengendali kelas subjek yang dianggap susah oleh setiap pelajar sekolah.

Confident macam ni yang kita mahukan

Anak ucap terima kasih

Sehubungan dengan itu, anak kepada guru matematik tambahan tersebut dikenali sebagai Alia Fauzi telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana memberikan pujian kepada ibunya.

Dia juga memaklumkan bahawa ibunya membaca setiap komen yang diberikan dan menzahirkan penghargaan kepada semua. Dalam pada itu, Alia turut berdoa agar setiap ilmu yang diajar oleh ibunya itu berterusan dan tidak ada penghujung.

Sumber: Alan Al Padat, Alia Fauzi
 
Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*