Mohon Doa Buat Atu Zero Kena Str0k Dikhabarkan Rebah Selepas Solat Isyak

Kuala Lumpur: Disebabkan seran gan str0k haba, pelakon dan pelawak Atu Zero, 29, rebah tiba-tiba selepas menunaikan solat Isyak sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam, semalam.

Menurut isterinya Shafeeqa Johari, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif mengalami str0k haba berikutan cuaca yang panas sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat Isyak, dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya.

“Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena sera ngan str0k haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda sekarang.

“Doktor juga menyatakan str0k haba berbahaya dan mampu membuatkan badan lum puh jika tidak dirawat dengan segera. Malah, Atu pun ada juga mengadu tidak dapat merasa separuh tangannya sebelum ini,” katanya.

Menurut Shafeeqa, Atu diminta berehat sepenuhnya buat masa ini meskipun suaminya tidak keruan untuk kembali bekerja. Katanya, Atu mungkin dibenarkan pulang ke rumah hari ini sebaik keadaan kesihatannya mengizinkan.

“Doktor sudah memasukkan air sebanyak dua botol ke dalam badannya. Kemungkinan besar, hari ini juga dia akan dibenarkan keluar dari wad.

“Namun begitu, dia perlu berehat paling kurang tiga hari sebelum boleh bekerja semula. Atu memang sentiasa terfikir komitmen kerjanya yang tertangguh, namun buat masa ini dia kena lupakan seketika,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Atu bakal kembali menghangatkan program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) bermula Jumaat ini. Pelawak itu akan bergandingan dengan Fad Bocey dan Fakhrul UNIC dalam kumpulan digelar UNI.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*