Asyik dikecam tanpa sebab, berjurai air mata Ustazah Asma’ ketika live

Asyik dikecam tanpa sebab, berjurai air mata Ustazah Asma’ ketika live

“Apa yang berlaku, sampai hari ni.. saya dikata tali barut, penunggang agama, penjual agama,” katanya menerusi satu sesi dakwah secara live di aplikasi TikTok.

Asma’ menjelaskan, beliau tidak mengenali anak ahli politik itu sehingga wanita tersebut memperkenalkan dirinya sebelum menyatakan hasrat untuk mengambil foto bersama.

Dalam masa sama, pendakwah berusia 39 tahun itu juga terkilan dengan kata-kata cacian dilemparkan berhubung video ketika bertemu dengan penyanyi dangdut sensasi Ifa Raziah.

“Bahkan pada video saya dan Ifa Raziah, mereka kata ini drama, hipokrit, memaki hamun dengan segala jenis binatang. Apa yang kalian buat sebenarnya?,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi tangkap layar video TikTok lain, Asma’ bagaimanapun lebih memilih untuk memaafkan individu yang bertindak mencaci maki atau memfitnahnya.

“Saya maafkan semua dan takkan tuntut apa-apa di akhirat. Saya sebut lagi sekali, tiada apa-apa disimpan dalam hati meskipun saya mengenali individu tersebut.

“Saya takkan letakkan kebencian, kemarahan sebab hidup kita sangat singkat untuk memasukkan rasa benci terhadap manusia dalam hati,” luahnya.

Terima kenyataan kita berada di akhir zaman

@dillahussin jangan sedih ustazah, ini lah jalan orang berjuang #ustazahasmaharun #islamituindah #sedih #pejuang #dakwah #maafkan #fitnah #akhirzaman ♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Pada sesi tersebut, beliau dilihat beberapa kali mengesat air mata kerana seolah-olah tidak mampu lagi untuk berdepan sikap individu yang gemar memberi kecaman dalam setiap perkara.

Sumber: TikTok @wawaygmanis1601hijab & @dillahussin

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*