
Cik Putri yang mengusahakan gerai nasi lemak di Cyberjaya juga merasakan perkara yang sama.
Sebenarnya korang tak keseorangan kalau risau haiwan terbiar mungkin tidak cukup sewaktu berjalan ke sana ke sini di jalanan.
Semua bermula apabila seekor anjing liar yang kelaparan datang ke gerainya untuk meminta makanan. Tanpa teragak-agak, sudah tentu dia memberi sedikit makanan jualannya itu kepada anjing tersebut.
Kini, anjing liar berwarna kuning itu sudah menjadi “pelanggan” setia di gerai nasi lemak wanita berkenaan di hadapan kilang Q Cells.
Boleh dikatakan hampir setiap hari anjing berkenaan pergi ke sana untuk makan nasi lemak percuma.
Anjing itu juga dinamakan Cik Chonky oleh sukarelawan di perkhidmatan pengambilan haiwan peliharaan di My Forever Doggo ketika berkongsi kisah tentang Cik Putri dan haiwan itu.
Menurut Putri, anjing-anjing yang berkeliaran di sekitar kawasan itu semuanya berkelakuan baik, sudah dimandulkan dan dibuang organ kemaluan serta sering diberi makan oleh penduduk setempat.
View this post on Instagram
Haiwan-haiwan ini dilihat sering menghabiskan masa mereka bersantai berhampiran manusia dengan harapan boleh dapat lebihan makanan.
Ramai netizen mendapati Cik Chonky sangat comel, tetapi ada juga yang mengingatkan sekiranya terlalu gemuk juga boleh membahayakan kesihatan haiwan berkenaan.
Walau apa pun, lebih baik terlebih makan dari tak cukup makan
Sumber : therakyat
Leave a Reply