Kereta bocor masuk air, anak Tomok tutup guna kain Ssah senang bersama

Penyanyi Tomok masih memilih untuk menggunakan kenderaan pertama miliknya, Perodua Kancil dalam menjalani dan menguruskan kehidupan seharian.

Namun baru-baru ini, kereta tersebut ‘meragam’ dan telah dihantar ke bengkel untuk membaiki beberapa kerosakan termasuk penghawa dingin.

Agak menyentuh hati apabila kereta yang baru sahaja dibaiki, tiba-tiba mengalami keboc0ran pada tingkap ketika penyanyi berusia 37 tahun itu memandu dalam hujan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Menerusi sebuah posting video di Instagram, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail dilihat mengambil kereta di bengkel sebelum menjemput anak sulungnya Arrianshah Akid pulang dari sekolah.

Bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan ke rumah bersama keluarga, kelihatan anak keduanya Andrashah Iman menjadikan sehelai kain sebagai penghadang setelah tingkap penumpang sebelah kanan dimasuki air hujan.

“Alamak! Dia bocor pula, baru nak happy-happy. Bocor ke dik? Nanti ayah betulkan,” katanya.
“Ayah! Air banyak (masuk dalam kereta)” mengadu si anak.

Rakaman video itu meraih hampir 195,000 tontonan selain pelbagai komen pengikutnya yang terharu melihat pengorbanan keluarga berkenaan yang melalui susah senang bersama-sama.

Kebahagiaan ini yang dicari

Merasa susah senang bersama

Suka tengok… rendah diri

Terima kasih Andra

Moga dimurahkan rezeki

Tomok mendirikan rumah tangga dengan Rahayu Abas pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua putera tersebut dan seorang cahaya mata perempuan bernama Siti Khadijah.

Sumber: Instagram Tomok

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*