Anak Panggil Bapa Sambil Pegang Buku Yasin, Hulur Tangan Seolah2 Minta Didukung

Meskipun ramai berkata anak-anak lebih rapat dengan ibu, jangan dilupa tanggungjawab seorang bapa yang berperanan memberikan kasih sayang secukupnya kepada cahaya mata.

Malah walaupun si bapa telah pergi menghadap Ilahi, sentuhan dan kenangan tetap berbekas di hati terutama bagi anak kecil yang masih belum cuba mengerti terhadap apa yang terjadi.

Memetik laporan Merdeka.com, situasi tersebut boleh digambarkan menerusi sebuah video tuIar dalam kalangan netizen Indonesia baru-baru ini yang dik0ngsi oleh dhirabesti4 di aplikasi TikT0k.

Rakaman video berdurasi 34 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memegang erat sebuah buku Yasin yang terdapat sekeping gambar arwh bapanya.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu kemudian memuji ketampanan dan seolah-olah meminta didukung oleh bapanya melalui buku tersebut dengan menunjukkan aksi menghulurkan kedua-dua tangannya.

“Ayah gendong, gendong, ayah gendong,” kata kanak-kanak tersebut.

Seakan-akan sedar ketiadaan bapanya, si kecil itu terus meluahkan kasih sayang dengan mencium gambar arwh sebelum menutup buku Yasin tersebut.

“Ayah dah ayah.. dahhh,” ujarnya sambil melambaikan tangan pada buku berkenaan.

P0sting tersebut sekali gus mengundang perhatian warganet yang rata-rata h1ba dengan berjurai air m4ta selepas melihat Iuahan rindu si kecil itu terhadap bapanya.

Bagaimanapun, dhirabesti4 yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut tidak berk0ngsi maklumat lanjut mengenai pemergian suaminya pada tahun lalu itu.

Sekarang kita cuma berdua…

Sumber: Merdeka.com , TikT0k dhirabesti4, BD

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*