Ibu tonton Runningman ketika hamil, anak lahir kenan comel muka Korea

Sering kita dipesan oleh orang tua-tua supaya menjaga adab dan padangan ketika diri sendiri atau isteri sedang hamil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terjadi kepada bayi yang akan lahir nanti.

Bukanlah mahu mempercayai perkara-perkara tersebut, namun setiap perbuatan pastinya akan dibalas oleh Maha Pencipta sama ada dalam bentuk positif atau sebaliknya.

Ada yang tanya kahwin mix ke?

Dalam beberapa posting yang dibuat oleh seorang suami di TikTok, dia telah berkongsi wajah anak-anaknya yang mirip masyarakat Korea ketika dilahirkan.

Hal ini berkemungkinan kerana ‘terkenan’ ketaksuban ibunya yang suka menonton program hiburan Korea Selatan ‘Runningman’ yang cukup popular di seluruh dunia itu.

@bapaknsuami0rangReply to @mutyaulfanurdin♬ original sound – Bapak&SuamiOrang

Anak yang sulung pun muka Korea

Menurutnya secara santai, ibu kepada anak-anaknya akan menonton Runningman setiap hari sebelum tidur sepanjang kehamilan kedua-dua anak mereka.

Hasilnya, kedua-dua anak berwajah Korea walaupun mereka sememangnya orang Melayu Malaysia.

@bapaknsuami0rangReply to @adeyladeyla ❤️❤️❤️♬ original sound – Bapak&SuamiOrang

@bapaknsuami0rangReply to @nurbatr

♬ Sayang – Faizal Tahir

Nanti pregnant nak tengok drama Korea jugak la

Perkongsian comel itu mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata mereka berasa terhibur dan mengakui kedua-dua wajah anak pemilik akaun @bapaksuami0rang ini sangat comel.

Mereka juga kebanyakkannya menceritakan kisah yang hampir sama dengan dihadapai lelaki tersebut dan berasa lucu dengan perkara itu.

Sumber: bapaksuami0rang

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*