Wanita ini sentiasa nantikan kehadiran anak istimewa ke kedainya, ternyata ada kisah sedih
Dalam kehidupan ini, tiada batasan untuk kita bersikap ihsan dengan sesama manusia dan makhluk seisi alam. Bahkan, dalam agama pun kita disarankan untuk berbuat baik kepada semua tanpa mengira kaum, budaya dan agama.
Samalah juga dengan kisah yang dikongsikan wanita yang dikenali sebagai, Siti Nafidzah, menerusi Facebooknya, berkenaan seorang budak lelaki bernama Joshua.
Menurut Siti Nafidzah yang merupakan pengusaha kedai makan, budak lelaki itu berusia 10 tahun, sudah lama tidak kelihatan datang ke kedainya.
“Akak rindu sangat dekat awak…”
Justeru, kedatanagan kanak-kanak itu pada hari tersebut sedikit sebanyak mengubat kerinduannya. Untuk pengetahuan ramai, Joshua adalah seorang anak istimewa.
Tambahnya, dia sebenarnya risau akan keselamatan Joshua yang dikatakan selalu menjadi mangsa pukul oleh bapanya sendiri, walaupun kanak-kanak itu berkata bapanya sudah tidak memukul lagi.
Difahamkan, kanak-kanak istimewa berkenaan berjualan tisu setiap hari. Kesiannya nasib anak itu, Nafidzah telah menyuruh Joshua datang ke kedainya jika lapar.
Menurut tambahan maklumat di ruangan komen pula, Nafidzah telah mendedahkan serba sedikit mengenai latar belakang adik Joshua termasuk berkenaan masalah keluarganya.
Katanya, Joshua sebelum ini selalu dipukul dan didera oleh bapanya sendiri sehingga mengakibatkan kecederaan yang teruk, dan akan datang ke kedai Nafidzah untuk meminta pertolongan.
Tujuannya adalah mahu melihat Joshua dan adik beradiknya yang lain bersekolah dan ada masa depan. Bukanlah bekerja untuk kesenangan pihak tidak bertanggungjawab.
Kemulian hati wanita ini membantu anak tersebut, membuatkan ramai yang berasa terharu. Rata-ratanya memuji tindakannya dan berharap agar nasib kanak-kanak itu terbela.
Bagi wanita itu, perbezaan agama dan kaum antara dia dan Joshua sedikit pun tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk terus membantu dengan ikhlas, tanpa ada niat yang tersirat.
Sumber : Siti Nafidzah
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply