Norman Hakim dan Abby terharu anak beri du1t hasil jadi tut0r ajar meng4ji

Impian semua anak pastinya ingin membahagiakan ibu dan bapa. Jadi, tidak salah rasanya memberi sebahagian daripada pendapatan yang dihasilkan kepada mereka sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab.

Beri duit hasil pendapatan sendiri

Menerusi perkongsian anak sulung kepada pelakon hebat, Norman Hakim bersama bekas isterinya, Abby Abadi, dia telah memberikan wang hasil pendapatan bulannya kepada mereka.

Danish Hakim, 17 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari nanti berkongsi reaksi ibu dan bapanya ketika menerima pemberian tersebut walaupun menyedari jumlah yang diberikan tidak sebesar pendapatan mereka.

Menurut Norman Hakim, anaknya telah membangunkan platform belajar mengaji yang dijalankan secara online. Dari situ, remaja tersebut mendapat pendapatan disamping memberi ilmu kepada para pelajar yang mendaftar.

Ramai yang bangga dengan Danish

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan Danish yang terlihat matang dan sudah mampu berbakti kepada orang tua walaupun masih di usia muda.

Mereka juga mendoakan agar remaja itu diberikan rezeki yang luas serta berjaya dalam peperiksaan SPM yang bakal dihadapinya tidak lama lagi.

Alhamdulillah anak yang soleh

Moga Allah perluaskan rezeki Danish

Mantap anak muda!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Sumber: Danishhakimofficial

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*