“Umur 42 Tahun Mula Kenal Huruf Al-Quran” – Ameng Spring Syukur Masih Diberi Peluang

Penyanyi Ameng Spring bersyukur kerana masih diberi peluang untuk belajar mengaji dan mengenali huruf-huruf Al-Quran meskipun sudah berusia 42 tahun. Ameng mendedahkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Ameng, dia kini berazam untuk mempelajari ilmu dan bacaan selain cuba menghafaz Al-Quran.

“Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh ALLAH S.W.T untuk saya mencintai Al-Quran. Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf-huruf Al-Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al-Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu / bacaan Al-Quran.

“Kalau saya boleh menghafal lirik lirik lagu… Tak akan saya tak cuba untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

“Saya tekad… Insya-Allah setiap niat baik kita kalau kita bersungguh-sungguh… Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.

“Semoga segala amalan kita diterima NYA. Jadikan Al-Quran naskah wajib yang kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan,” coretnya.

Kita rugi besar kalau kita tak belajar dari Ameng Spring.

Kagum saya dengan Ameng masa saya dengar bacaan beliau masa program Quran Hour 2 minggu lepas. Cukup perisa tajwid dan alunannya. Dan kita boleh belajar benda besar dari beliau. Sebab kalau kita tak belajar point ini, kita terlepas satu benda yang mungkin kita anggap kecik. Tapi sebenarnya sangat besar yang boleh beri impak pada kita dan keluarga kita. Dan orang sekeliling kita.

Terima kasih

Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh ALLAH swt utk saya mencintai AL Quran. Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf2 Al Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu / bacaan Al Quran.

Kalau saya boleh menghafal lirik lirik lagu .. tak kan saya x cuba untuk menghafal ayat2 suci Al Quran. Saya tekad ..inshaAllah setiap niat baik kita .. kalau kita bersungguh sungguh .. inshaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Pada anda yang ingin belajar dan mengaji bersama saya .. boleh subscribe ke laman Youtube saya .. AmengSpring Official. Boleh klik link kat Bio saya ..

Semoga segala amalan kita diterima NYA. Jadikan Al Quran .. naskah wajib yg kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan.

Terdahulu, Ameng sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk membuka kelas mengaji Al- Quran. Ameng juga turut berkongsi bacaan Al-Quran di laman YouTube miliknya.

Penyanyi Ameng Spring akui dirinya belum dilayak dipanggil dengan gelaran ‘Ustaz’.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail meskipun dia sering dijemput oleh pihak masjid untuk memberikan ceramah, namun ia lebih kepada perkongsian peribadi sahaja.

“Saya belum layak dipanggil ‘ustaz’ kerana saya akui dalam proses menimba ilmu. Malah masih kurang dalam ilmu agama. “Saya akui sekarang ini hampir setiap minggu saya menerima jemputan untuk memberi ceramah atau lebih kepada perkongsian dari pengalaman hidup saya yang boleh menjadi pengajaran serta membuka mata orang lain terutama remaja.

“Saya tidak kata saya kini sudah sempurna, malah saya dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik. Apatah lagi, umur sudah meningkat. “Sebelum saya menutup mata, diharapkan dengan masa yang ada ini saya dapat melengkapkannya dengan amal kebajikan,” katanya.

Ameng ditemui selepas sidang media Konsert Amal Artis Legenda 90-an (2.0) yang bakal diadakan pada 31 Januari tahun depan. Bercakap mengenai konsert tersebut, Ameng bersetuju menyertainya hanya kerana ingin membantu rakan-rakan seperjuangannya yang berada dalam kesusahan.

“Matlamat konsert ini sangat murni apabila ia dianjurkan bertujuan mengumpul dana membantu golongan memerlukan. “Hasil dari jualan tiket konsert ini bakal didermakan dan sasaran golongan dibantu adalah penggiat seni seangkatan saya.

“Saya tahu tidak ramai yang bernasib baik dengan karier seni dibina masih bersinar hingga kini. Untuk saya, alhamdulillah rezeki masih ada. “Jadi besar harapan saya sedikit sebanyak sumbangan ini dapat membantu mereka,” katanya lagi.

Selain Ameng, penyanyi lain turut menyertai konsert amal tersebut adalah Nizam Laksamana, Amir Ukays, Gmie Screen, Ali XPDC, Sham Visa, Zarul Umbrella dan penyanyi popular, Khai Bahar.

Sumber Gempak via Transformasi

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*