Alvin Chong ambil peluang berpuasa, pesan umat Islam jangan tinggal solat

Seperti kebiasaan yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya, pelakon berbangsa Cina, Alvin Chong tidak ketinggalan untuk turut berpuasa di bulan Ramadan.

Bukan hanya Alvin, ada beberapa lagi artis non-muslim yang berpuasa penuh setiap tahun dan menikmati suasana berpuasa lebih-lebih lagi ibadah yang dilakukan oleh umat Islam ini mampu meningkatkan kesihatan tubuh.

Bersahur hari pertama

Dalam satu perkongsian yang dibuat Alvin di Instagram, dia telah memuat naik momen bersahur pada hari pertama dengan beberapa biji kurma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Pesan jangan tinggal solat

Selain daripada mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang menjalankan ibadah ini, ucapan terakhir pelakon tersebut turut mengundang perhatian warganet.

Dia sempat berpesan supaya meningkatkan ibadah dan jangan tinggal solat lebih-lebih lagi ketika bulan orang ramai mempertingkatkan amal bagi memperoleh lebih banyak pahala.

Salam toleransi ya Alvin

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Instagramnya telah dihujani dengan pelbagai maklum balas positif di ruangan komen.

Rata-rata menghargai pesanan Alvin dan turut sama mengucapkan selamat berpuasa buatnya pada tahun ini.

Sumber: Alvin Chong

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*