Warga Emas Terlantar Masih Lancar Alunkan Ayat AL-Quran, Buat Ramai Tersentak!

Warga Emas Terlantar Masih Lancar Alunkan Ayat AL-Quran, Buat Ramai Tersentak!

Disaat masih bernyawa di muka bumi, setiap manusia disarankan untuk melakukan ibadah dan kebaikan serta pahala sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk hari perhintungan (akhirat). Alasan terlalu muda dan terlalu tua untuk beribadah seharusnya tidak menjadi masalah, kerana agama islam sendiri mempunyai cara yang khusus untuk setiap peringkat usia tanpa membebankan penganutnya.

Tular sebuah video, yang memaparkan betapa kuatnya daya ingatan seorang warga emas lelaki yang jelas lanjut usia, menghafaz serta mengalunkan potongan-potongan ayat Al-Quran.

Sudah tentunya video ini mendapat tontonan yang sangat tinggi dari kalangan para pengguna Facebook.

Boleh didengar dan dilihat, warga emas berkenaan melontarkan potongan ayat-ayat Al-Quran itu dengan sangat merdu dan fasih tanpa ragu-ragu. Walaupun dalam keadaan terlantar, warga emas ini masih lagi dapat mengingati setiap bait-bait ayat Al-Quran tersebut dengan sangat teliti.

Potongan ayat Al-quran tersebut pada mulanya dibacakan oleh seorang gadis (yang masih tidak diketahui identitinya), dan kemudian ayat lanjut disambung oleh warga emas itu.

Perkara ini sekaligus telah membuatkan orang ramai berasa kagum dengan amal ibadah warga emas berkenaan, yang masih mengingati barisan ayat Al-Quran walaupun usianya telah lanjut.

Turut juga dilihat, kebanyakan netizen menjadikan warga emas ini sebagai satu inspirasi buat mereka untuk terus menerus melaksanakan ibadah dan membaca Al-Quran sebagai rutin harian.

Walaupun hidup sudahpun berada dipenghujung usia, sebagai seorang hamba kita digalakkan untuk sentiasa melakukan amal ibadah dan menuntut ilmu akhirat.

Sumber: Facebook.

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*