Almy Nadia dipuji sempoi, sederhana – “Datin tapi pakai t-shirt & selipar je”

Video percutian aktor Datuk Fizz Fairuz dan keluarga ke Taman Tema Air Sunway Lagoon, Subang Jaya di Selangor baru-baru ini menarik perhatian ramai di laman Instagram.

Bagaimanapun, warganet lebih tertumpu kepada gaya dan penampilan isterinya iaitu Datin Almy Nadia yang dikatakan cukup santai dan bersahaja.

Menerusi satu video dikongsi, Almy yang juga aktres dilihat mengenakan t-shirt putih, berseluar palazo dan memakai sandal yang mungkin memudahkan pergerakannya apatah lagi mempunyai anak kecil.

Jika diperhatikan pada ruangan komen, ramai memuji pasangan tersebut menjalani kehidupan dengan penuh sederhana dan merendah diri walaupun bergelar Datuk dan Datin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Tidak kurang terdapat segelintir netizen berbual tentang perubahan fizikal Almy, namun mengagumi kesetiaan suaminya yang menerima baik buruk di samping anak-anak mereka.

Selain itu, ada juga individu memberikan pendapat bahawa aktres yang pernah popular dengan drama Dunia Baru itu pasti kelihatan lebih menawan sekiranya menjaga bentuk badan.

Namun begitu, mereka menyifatkan kasih sayang dan persefahaman dalam hubungan rumah tangga adalah lebih penting berbanding memandang dari luaran pasangan.

Badan dia, dia punya suka

Suka tengok cara Datin, sempoi habis!

Pedulikan apa orang kata

Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4, dan Afrina Aisyah yang baru berusia dua bulan.

Sumber: Instagram Fizz Fairuz & Almy Nadia

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*