Apa salah saya? Saya cuma nak berniaga’ – Aliff Syukri minta bodyguard ajar netizen
“Cari keberkatan dalam berniaga”, itulah yang selalu dinasihatkan kepada para peniaga. Tetapi di zaman ini, semakin kurang yang mencari keberkatan itu dan memilih untuk menggunakan cara keji bagi mempromosi atau mendapat keuntungan.
Dengan adanya media sosial, pempengaruh tidak lagi takut dengan dosa dan sanggup menggunakan jalan mudah untuk berjaya. Apatah lagi orang di sekeliling mereka sanggup bersekongkol walaupun tahu perbuatan itu salah dan pendapatannya tidak berkat.
Seperti yang dijangkan netizen, ahli perniagaan yang memuat naik video promosi tudung muslimah semalam, hari ini tampil memuat naik video sambil menangis kerana tertekan dikecam netizen.
“…lepas tu orang kecam-kecam saya, orang kutuk-kutuk saya. Tengoklah diorang ni bodyguard,” kata Aliff Syukri.
“Korang jangan nak main-main kutuk Datuk eh. Siap korang yang mana-mana kutuk Datuk. Aku kerjakan korang!” tegas ‘pengawal peribadi’ ahli perniagaan berkenaan.
“Dahlah, jangan marah-marah orang. Saya sebenarnya nak berniaga koleksi tudung terbaru saya. Tolonglah jangan buat saya macam ni. Orang lain, takde pun korang kecoh.
“Tapi kalau saya, kenapa korang hashtag tu, hashtag ni, marah saya kenapa? Lepas tu nak report-report dekat mak saya, kenapa? Apa salah saya?
“Kalau salah saya, korang tak payah nak cerita dengan mak-mak ke, kakak-kakak ke, tak payah. Propesenel sikit, saya nak berniaga je tahu tak?” ujarnya.
Menyampuk dari belakang, ‘pengawal keselamatan’ meminta netizen membuang mentaliti negatif terhadap majikannya sebelum mengacah-acah mahu menumbuk netizen.
View this post on Instagram
Luahkan apa pun, menangislah tanpa air mata sekali pun, upahlah pengawal keselamatan konon mahu memukul netizen pun, ramai yang tidak lagi percaya mahupun terperdaya dengan helah murahan ahli perniagaan ini yang sekadar mahu meraih publisiti murahan bagi melariskan koleksi tudungnya.
Di ruangan komen, netizen mengatakan mereka sudah masak dengan marketing murahan seperti itu kerana majoriti ahli perniagaan online ini kebanyakannya ketandusan idea sehingga sanggup mengadai maruah diri demi keuntungan yang tiada keberkatan.
“Cuma saya nak cakap, marketing biar cerdik. Jangan ada double meaning. Memang mendapat la,” kata Ummu Hassan.
“Jual tudung tapi buat gaya melan***. Kau nak buat apa sebenarnya? Nak menghina pemakaian muslimah?” soal Raja Kamarul Zaidi.
“Ingat Dato’ kita meniaga cara macam mana. Semua itu akan ditanya kelak Dato’. Time tu untung siapa meniaga ikut cara Nabi SAW,” kata Kuryakin Ilya.
Apa yang menghairankan, puas netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap posting seumpama ini yang jelas menghina dan mempersendakan agama Islam, namun tiada sebarang tindakan tegas yang dikenakan. Menjadikan golongan bertuhankan media sosial ini semakin galak menerbitkan video-video tidak bermoral seperti itu demi kepentingan poket sendiri.
Komen Netizen
Sumber: Instagram Aliff Syukri
Leave a Reply