Alhamdulillah.. – peluk Islam ketika PKP, Anggota polis dapat hidayah

Alhamdulillah.. – peluk Islam ketika PKP, Anggota polis dapat hidayah

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak menghalang hasrat seorang anggota polis untuk memeluk agama Islam selepas memperoleh petunjuk Allah SWT.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook Polis Daerah Rompin, Banyong Sering mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Jabatan Agama Islam Rompin, Mohd Nabil Mohd Fauzi di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin, pada Jumaat lalu.

Difahamkan, anggota polis berusia 38 tahun itu memilih nama Islam iaitu Muhammad Adam Benjamin Sering sekali gus disambut baik oleh warganet yang turut meluahkan rasa syukur.

Rata-rata mendoakan agar lelaki yang berasal dari Sri Aman, Sarawak itu kekal beristiqamah di jalan Allah SWT dan dipermudahkan urusan dalam menjalani kehidupan sebagai saudara baharu.

Moga jadi muslim yang taat

“Terima kasih, alhamdulillah”

Anda dah baca? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasiha

Sumber: Facebook Polis Daerah Rompin

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*