Alat sulit rasa panas tengah malam, vokalis band dakwa terkena sihir

Komposer dan vokalis Azzara Band, Ejai Aziz dipercayai terkena buatan orang sehingga berasa sakit di bahagian kemaluan yang berasa panas setiap tengah malam, selama tiga bulan pada tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Mohd Azrizal Aziz itu terpaksa menanggung derita sekali gus seolah-olah berasa tiada harapan lagi untuk hidup.

“Saya menanggung derita sakit di bahagian kemaluan yang berasa panas tiba-tiba tepat jam 12 tengah malam. Rasa panas itu semakin menjadi-jadi sekitar jam 3 pagi dan ‘hilang’ apabila azan Subuh,” katanya.

Vokalis berusia 35 tahun itu berkata, dia membuat pemeriksaan di hospital berbeza sebanyak enam kali sebelum dimaklumkan bahawa keputusan kesihatannya adalah baik dan tiada penyakit kronik.

“Saya dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor untuk rehat sepenuhnya. Tetapi, setiap kali tengah malam saja memang kemaluan akan berasa panas tiba-tiba yang menyebabkan tidak boleh tidur,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ejai Azarra (@ejai_aziz)

Bingung dengan penyakit misteri tersebut, Ejai mencuba pula rawatan Islam dengan bertemu dua orang ustaz untuk berubat sebelum didakwa sudah terkena sihir.

Menerusi rawatan berkenaan, dia dimaklumkan bahawa sihir itu sudah lama berada di dalam badan sehingga mengalami susut berat badan, gangguan tidur selain tiada selera makan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ejai Azarra (@ejai_aziz)

Bagaimanapun, kini bapa dua anak itu berkata dia masih dalam proses untuk kembali sihat sepenuhnya yang dianggap sebagai ujian agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Pada waktu sama saya tidak akan terlalu berkongsi perihal peribadi di media sosial melainkan urusan kerja sahaja,” kongsinya.

Sumber: Harian Metro , Instagram Ejai Aziz

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*