Akui emosi pasal jihad, Caprice mohon maaf kepada TMJ, Hishammuddin dan UEL

Selepas kontroversi berhubung dakwaan misi jihadnya diganggu pihak luar, penyanyi rap Caprice tampil membuat permohonan maaf kepada beberapa individu yang ‘dipetik’ olehnya sekali gus terpalit dalam isu tersebut.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram, Caprice memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew (UEL).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menurut Caprice atau nama penuhnya Ariz Ramli, dia mengakui terlalu mengikut emosi apabila berbicara soal perjuangan dimana isu terbabit adalah berpunca daripada dirinya sendiri.

Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestin dan demi rakyat Malaysia.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain. Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS hishammuddinhussein…

Kedutaan Malaysia di Mesir dan kerajaan Mesir atas perkhidmatan dan sokongan serta 24 jam kawalan keselamatan selama Caprice berada di sini,” tulisnya.

Selain itu, dia juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang bertindak seperti seorang ‘bapa’ yang mengambil berat mengenai dirinya sepanjang berada di Mesir.

“Terima kasih DS azeezrahim yang tiba2 jadi seorang ayah selama kita kenal. I can never repay you back for the love and care you have shown me throughout this mission,” katanya.

Malah, penyanyi lagu Baby Sayang itu turut memohon maaf kepada ibu bapanya dan rakyat Malaysia serta berjanji akan pulang ke tanah air sebaik berjaya melaksanakan misi di sana.

“InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine,” ujarnya.

Sebelum ini, Caprice menafikan dia cemburu terhadap Ebit sebaliknya terdapat beberapa halangan ditempuhi dalam misi tersebut berpunca daripada pihak tertentu dipercayai menyebabkan pasukannya sukar memasuki wilayah Gaza.

Sumber: Instagram Caprice

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*