Akibat berebut tempat duduk kereta, remaja mavt tertusvk pisau dibaling kakak

Akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah hingga timbul perselisihan faham, seorang remaja perempuan telah men1kam adik lelakinya hingga maut di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh petang tadi.

Kejadian petang tadi

Menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin memaklumkan yang pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada 2.15 petang.

Baling pisau ke arah adik

Dalam kenyataannya, ibu mangsa menjelaskan yang mangsa berusia 16 tahun telah bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun disebabkan berebut tempat duduk di dalam kereta sewaktu pulang dari sekolah.

Kakak mangsa mengaku yang dirinya memb4ling pisau ke arah adik selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah keluarga mereka.

“Suspek ditahan dan akan dipohon bagi mendapatkan perintah tahan reman.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.
“Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini

Sumber: Harian Metro (Mary Victoria Dass)

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*