Dia berbangsa Cina. Berasal dari Sarawak. Cik Man kenalnya melalui instagram. Dia DM menyatakan hasratnya. Selain dia, ramai yang melafazkan syahadah melalui telefon kerana kekangan untuk kami bertemu.
Tapi Cik Man tetap mengikuti perkembangan mereka serta follow up dengan kemampuan yang ada.
Cuma yang sangat indah dengan video ini ialah, inilah suasana paling terkesan di hati cik man kerana Allah memberi ruang untuk bertemu secara bersemuka.
Nampak kesungguhannya untuk kembali. Dia sebagai Muslim, bukanlah dia masuk ke agama baru. Tetapi dia kembali kepada fitrah asalnya. Bukankah Nabi bersabda,
كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ،
Maksud :”Setiap anak dilahirkan di atas fitrah. Kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi”. (Bukhari).
Doakan untuk dia dan kita semua. Jom tonton video…
Leave a Reply