Sambut hari lahir ke-40, Adi Putra sebak anak istimewa bacakan doa

Nama pelakon Datuk Adi Putra memang tidak asing lagi dengan watak antagonis yang sering dibawa dalam filem dan drama tanah air. Keberkesanan lakonanya telah berjaya menaikkan nama dalam industri hiburan.

Terbaru, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim memuat naik satu video di laman Instagram, namun video berkenaan telah mengundang sebak warganet ekoran melihat keadaan anaknya.

Hadiah paling istimewa

Menerusi perkongsian itu, aktor berusia 40 tahun tersebut meluahkan rasa sebak dan terharu melihat kesungguhan anaknya , Zara Adelia yang tidak boleh mendengar dan bercakap membaca doa buat sambutan hari lahir Adi.

“Saya sangat sebak bila putri saya Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya. 

Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli dimana-mana,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Posting pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu dibanjiri komen-komen daripada rakan artis dan warganet dimana mereka turut sebak melihat video yang sungguh bermakna itu.

Selain itu, mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir buat Adi Putra dan mendoakan agar sentiasa panjang umur.

Moga panjang umur, murah rezeki

Ya Allah menangis tengok

Sayu & sebak hati

Anak syurga, penyejuk hati

Sumber: Instagram Adi Putra

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*