Adam’s Family akur k0ntrak rumah sewa tak diperbaharui, percaya ada yang tak senang dengan anak aut1sme – “Dia takkan g4nggu kamu lagi”

RIBUAN mesej membanjiri perkongsian seorang bapa yang meluahkan perasaan sedih berhubung situasi yang dihadapi keluarganya apabila terpaksa berpindah kerana kontrak sewaan kediamannya tidak diperbaharui.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram, Iman Wan Tuck Meng berkata, ia dipercayai adu4n yang dibuat oleh jiran-jirannya yang kurang menyenangi kehadiran anak istimewanya, Adam, yang menghid4p aut1sme.

“Kepada jiran di kiri dan kanan kami di Temasya Suria (Shah Alam). Kami tahu apa yang anda lakukan dan kami tahu anda orang yang macam mana… tapi jangan bimb4ng. Impian anda sudah jadi kenyataan.

“Kamu dah berjaya minta pemilik untuk tidak memperbaharui sewaan kami. Kami akan berpindah keluar hujung bulan ini. Anak lelaki saya tidak akan g4nggu kamu lagi.

“Mohon maaf untuk semua ketidakselesaan yang ditimbulkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kehidupan yang baik selepas ini,” tulisnya dalam hantaran di laman sosial tersebut.

Anak kedua Iman Wan, Adam, 20, disahkan menghidap ‘Aut1sm Spectrum Disorder’ (ASD) dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak berusia dua tahun enam bulan.

Iman Wan menggunakan media sosial untuk berkongsi kisah Adam (dua, kiri) dan keluarganya.

Sementara itu pada bahagian kapsyen, Iman Wan yang juga bapa kepada tiga cahaya mata menjelaskan, anak lelaki tunggalnya itu bukan membuat bising setiap masa.

“Dan walaupun dia berbuat demikian, tidak pernah dari subuh hingga malam.

“Kami mendapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa sebab penyewaan kami tidak akan diperbaharui kerana pemilik berasa terlalu tertekan sepanjang tahun daripada aduan yang dibuat oleh dua jiran kami kepadanya.

“Kami faham dan kami tahu di mana duduk kami,” ujar Iman Wan yang juga seorang komposer suatu ketika dahulu.

Adam merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik.

Sungguhpun begitu, Iman Wan berkata dia dan keluarganya reda dengan apa yang berlaku dan yakin dengan takdir Allah.

“Saya percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik. Kami reda.

“Sebab saya membuat perkongsian ini adalah supaya keluarga yang mempunyai keadaan yang sama akan tahu bahawa tidak semua orang boleh menerima individu autistik seperti anak kami.

“Kami perlu bekerja lebih keras dan terus mendidik tentang kesedaran, penerimaan dan pemahaman autisme. InsyaAllah,” tulisnya dalam perkongsian pada Jumaat.

Saya percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik. Kami reda.

IMAN WAN

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang sedang dihadapi keluarganya.

Malah, ada yang menawarkan agar keluarga Iman Wan berpindah ke kawasan kejiranan mereka yang lebih berfikiran terbuka.

“Semoga Allah gantikan dengan kejiranan yang lebih baik. Ujian bukan untuk Adam’s family sebenarnya tapi ujian untuk mereka yang bergelar jiran. InsyaAllah terus sabar dan kuat ya buat Adam’s family.

Perkongsian di laman Instagram Story di mana Iman Wan menzahirkan rasa terharu dengan keprihatinan warganet.

“Kurangnya nilai empati…. manusia semakin mementingkan diri.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan anda sekeluarga. Untuk jiran pula, jangan risau tentang mereka. Ia hanya menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka,” demikian antara komen netizen.

Sementara itu menerusi satu hantaran di IG Story tidak berapa lama selepas perkongsiannya, Iman Wan menzahirkan rasa terharu dan terima kasihnya yang tidak terhingga dengan keprihatinan warganet.

Adam’s Family dikenali di Instagram kerana sering berkongsi mengenai aktiviti keluarga dan dalam masa yang sama cuba mendidik masyarakat mengenai aut1sme.

Akaun tersebut setakat ini memiliki 393,000 jumlah pengikut.

Sumber: mstar

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*