Dahulu saya Ateisme kini saya takut Allah tanya kenapa tidak sebarkan Islam kepada rakan-rakan.

Dahulu saya Ateisme kini saya takut Allah tanya kenapa tidak sebarkan Islam kepada rakan-rakan.

Ateisme dalam Bahasa Arab adalah al-ilhad (الإلحاد). Menurut Ibn al-Faris, lam, ha’ dan dal merujuk kepada menyimpang daripada pandangan yang lurus. Alhad al-rajul (ألْحَدَ الرجل) bermaksud seorang lelaki telah menyimpang daripada jalan kebenaran.[3] Di antara contoh penggunaannya adalah kata al-lahd (liang lahad) dalam kuburan. Dinamakan demikian kerana liang lahad tersebut menyimpang dari pertengahan (lubang) kuburan ke arah kiblat.

Sebelum ini, pelakon Adam Corrie telah memuat naik status mengenai latar hiidupnya sebelum memeluk agama Islam.

Posting tersebut telah mendapat reaksi hampir 30 ribu pengikut di Instagram (IG) dan rata-rata mereka mendoakan Adam terus istiqomah.

Selain itu, mereka juga memuji usaha Adam yang selalu menyampaikan dakwah dalam setiap postingnya dan berharap agar ia dikekalkan.

Di bawah merupakan perkongsian Adam yang meninggalkan kesan di hati pembaca, kerana dahulu hiidupnya tiada arah tujuan, sehinggalah bertemu Islam.

“Dahulu saya sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah, saya hiidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hiidup.

“Apabila saya dapat keluar dari kegelapan.. saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.

“Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut di akhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum Islam.

“Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri, kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.

“Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.

“Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan. Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah dengan ilmu yang mereka ada.

“Tepuk dada, tanya iman sendiri,” tulisnya.

Adam sebelum ini pernah mendedahkan dirinya seorang Atheiis dan tidak percaya kepada tuhan dan berasakan hiidupnya kosong.

Bagaimanapun katanya, hidayah daripada Allah itu tiada siapa pun yang dapat menduga.

Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007.

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*