‘Ada k3san leb4m ketara pada tangan, mata Emilia’

‘Ada k3san leb4m ketara pada tangan, mata Emilia’

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini, ada kesan lebam pada tangan kanan dan kiri serta bahagian mata Emilia Hanafi ketika wanita itu membuat laporan polis berhubung dakwaan dipukul bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, tujuh tahun lalu.

Koperal Mahmood Riad Mohd Noor, 43, yang menjadi saksi kelima pihak pendakwaan berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pada perbicaraan kes ahli perniagaan SM Faisal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia.

Terdahulu, Mahmood Riad ketika membaca pernyataan saksinya berkata, Emilia juga dilihat menangis dan memberitahu dia dicekik selain dipukul sambil menunjukkan kesan lebam pada tubuhnya ketika membuat laporan polis di Balai Polis Sri Hartamas, 23 November 2015.

Beliau berkata, pada jam 12 tengah malam (22 November 2015), beliau diarah oleh Ketua Balai Polis Sri Hartamas, Asisten Superintendan Alwizan untuk mengambil aduan seorang wanita berkaitan kes keganasan rumah tangga.

“Semasa saya mengambil laporan wanita itu, baru saya mengetahui dia adalah isteri kepada Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

“Nama wanita itu adalah Datin Emelia Hanafi. Sebelum diarahkan untuk mengambil aduan daripada Datin (Emilia) saya nampak Datin datang ke balai pada pukul berapa tidak pasti tetapi waktu petang (23 November 2015).

“Pada masa itu Datin datang ke kaunter pertanyaan Balai Polis Sri Hartamas untuk membuat laporan polis berkaitan dirinya dipukul oleh suaminya.

“Saya membawa Datin ke bilik Triaj dan memaklumkan kes ini kepada Ketua Balai Polis Sri Hartamas iaitu arahannya adalah supaya Datin mendapatkan rawatan di hospital dahulu,” katanya.

Mahmood Riad yang kini bertugas di Bahagian Pusat Kawalan Balai Polis Pantai berkata, ketika beliau mengambil laporan, terdapat kesan lebam yang jelas pada tubuh Emilia.

Sementara itu, Mahmood Riad bersetuju dengan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal bahawa seorang anggota polis di balai polis yang sama iaitu Konstabel Ngu Tien Tien mengambil laporan yang dibuat oleh ahli perniagaan itu pada 23 November 2015.

Akberdin: Dalam laporan polis SM Faisal, dia ada maklumkan berlaku perselisihan faham dan kedua-duanya (SM Faisal dan Emilia) mengalami kecederaan, setuju dengan saya bahawa pengadu (Emilia) berselisih faham pada 22 November jam 12.30 tengah hari dan kedua-duanya mengalami kecederaan?

Mahmood Riad: Ya, ada dalam laporan (polis).

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa pegawai penyiasat yang dikenali sebagai Puan Rosnani menyiasat laporan yang dibuat oleh Emilia dan SM Faisal.

SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, yang juga isterinya (ketika kejadian) di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara jam 12.30 tengah hari dan 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 14 September ini. – BERNAMA

Sumber : BH

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*