Untuk pengetahuan anda semua, sebentar tadi lebih kurang jam 4 petang satu undian untuk pertandingan Liga juara-juara AFC (ACL 2020) telah diadakan di Bukit Jalil di AFC House. Dan umum mengetahui bahawa pasukan Johor Darul Ta’zim antara wakil Malaysia dalam kejohanan berpretij ini.
Berikut adalah keputusan daripada undian yang telah diadakan tersebut dimana pasukan Johor Darul Ta’zim berada dalam kumpulan G bersama-sama juara China Super League, Guangzhou Evergrande yang telah dibimbing oleh lagenda pasukan Itali Fabio Cannavaro.
Selain daripada itu, Johor Darul Ta’zim juga akan bertemu dengan juara Piala Korea Suwon Blue Wings. Turut berada dalam kumpulan adalah pemenang daripada Piala Emperor Jepun iaitu antara pasukan Kashima Antlers, V-Varen Nagasaki, Vissel Kobe, dan Shimizu S Pulse.
Jika sebelum ini JDT bertemu dengan pasukan Kashima Antlers pada musim 2020. Namun tahun ini siapakah yang bakal satu pasukan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim.
Pertama kali Johor Darul Ta’zim beraksi dalam ACL mereka mempamerkan aksi yang cukup cemerlang apabila memperolehi kemenangan sekali dan seri dan hanya ditundukkan dengan beberapa gol sahaja dan membuktikan pasukan ini sudah patut berada dalam kejohanan seperti ini.
TMJ sebelum ini target untuk layak kepusingan kedua untuk kempen kali ini. Mereka mahu pergi kepusingan kedua kempen 2020 ini dan oleh itu pra musim Johor DT diadakan di Dubai bagi memberi satu pengalaman berbeza kepada pemain.
Leave a Reply