19 Jan (Bernama) — Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif virus tersebut dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif jangkitan tersebut.
Katanya antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan posit1f COV1D-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.
Sehubungan itu beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik tersebut serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.
Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada COVID-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini.
Sedikit info tentang Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki :
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply