5 bulan tak kemana-mana, pelajar matrik keliru dikompaun langgar SOP

Isu rakyat dikenakan kompaun akibat melanggar Standard Operating Procedure (SOP) nampaknya masih tidak habis lagi walaupun pandemik sudah setahun berlegar-legar di sekeliling kita.

Pelajar kena kompaun RM1.5k?

Namun kali ini, tular di laman sosial Twitter apabila ada beberapa akaun yang mendakwa terdapat pelajar matrikulasi dikenakan kompaun kerana melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup mulut di dalam kolej.

Apa yang membuatkan ramai berasa kesal adalah para pelajar tersebut langsung tidak kemana-mana sejak semester dibuka dan pihak berkuasa yang masuk ke dalam kolej untuk membuat pemeriksaan telah mengenakan kompaun kepada mereka tanpa budi bicara.

Terdapat juga video menunjukan pelajar-pelajar matrikulasi itu disaman sehingga membuatkan warganet mempersoalkan tindakan tersebut.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh pemilik akaun bernama @ireen_0000 pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada awalnya telah datang ke kolej matrikulasi tersebut untuk memeriksa kafe kolej memandangkan ada kes keracunan makanan sebelum ini.

Diorang memang salah, tapi dah 5 bulan tak keluar

Namun, dia tidak menyangka pihak KKM turut sama mengambil tindakan yang begitu tegas kepada para pelajar yang tak memakai pelitup mulut itu.

Dalam pada itu, dia juga memberitahu bahawa tindakan pelajar tersebut sememangnya salah, namun mereka semua sudah dikuarantin dari bertemu orang luar dan langsung tidak kemana-mana sejak 5 bulan yang lalu.

Luahan pelajar yang disaman

Akaun Twitter milik InjangNation juga menyertakan satu luahan rasa dipercayai milik salah seorang pelajar matrik tersebut berkenaan tindakan yang dikenakan kepada mereka.

Nak marah pun tak guna

Perkara berkenaan menjadi tular di media sosial dan rata-rata warganet meminta pihak berwajib untuk memberi penjelasan berkenaan hal tersebut.

Hal ini kerana ada beberapa kes melanggar SOP sebelum ini namun masih lagi dalam siasatan sedangkan para pelajar tersebut dikenakan tindakan dengan serta-merta.

Setakat ini, dakwaan tersebut belum lagi mendapat penjelasan daripada mana-mana pihak. Diharap akan ada penerangan supaya kedua-dua pihak tidak salah faham dan boleh mengeruhkan keadaan.

Sumber: InjangNation, NabilAmirul4, ireen_0000

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*