4 bulan tak jumpa, ibu intai pengebumian anak ajal Covid-19 dari celah pagar

Pandemik Covid-19 yang semakin ‘menggila’ di Malaysia telah mencatatkan ribuan kes kematian. Mana tidaknya, hari ini sahaja kes positif telah mencanak naik sehingga ke 5 angka iaitu lebih daripada 11 ribu kes.

Sudah pasti ramai yang telah kehilangan orang tersayang dan pemergian mereka tidak dapat ditatap oleh ahli keluarga.

Terhendap2 celah tembok pagar

Hal ini samalah seperti perkongsian TikTok milik mis_nsha apabila memuat naik video neneknya yang terhendap-hendap di tepi pagar kawasan perkuburan semasa proses pengebumian bapa saudaranya yang meninggal dunia kerana Covid-19.

@mis_nshaIbu mana x sedih tiba hrini dpt berita ank dah tkde..4bln dh xblk rmh dpt berita sedih plk..tengok dari jauh pun takpe mok 😭😭😭😭alfatihah#fyp♬ I’tiraf (Seruling) – Instrumental – Bakhtiar Baharin

4 bulan tak berjumpa, tahu2 meninggal Covid-19

Menurut pengguna TikTok itu, neneknya sudah 4 bulan tidak bertemu dengan bapa saudaranya memandangkan allahyarham tidak dapat pulang ke rumah. Pertemuan mereka rupanya hanya selepas pemergian anaknya kerana Covid-19 di kawasan perkuburan.

Tambah pengguna mis_nsha lagi, selama ini mereka sekeluarga hanya mendengar kisah orang sahaja, siapa sangka kini mereka pula yang merasai peritnya.

@mis_nshaSebelum nie kite tgk org harini terjadi pd family kite sendiri al fatihah bt poksedara🤲🏻♬ original sound – dewi – dewiadja

Hari2 bertanya pasal anak

Selain itu, mis_nsha juga mengakui bahawa neneknya selalu bertanya akan bapa saudara yang dipanggil Mok lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan dan hari raya tempoh hari.

@mis_nsha4bulan x blk rmh raya dgn puasa pun tkde blk mok slalu tnya mana dye(anak) hrini dpt berita dn mok mampu tgk dri jauh bt kli trakhir😭 covid is real!♬ bunyi asal – Mis_ nsha

Adik beradik berhubung melalui video call

Ibu saudaranya yang tinggal agak jauh dari kediaman nenek tidak dapat memberi penghormatan kepada jenazah dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada tahun lalu.

@mis_nshaMksdare dri jauh x sempat tgk arwah kli trakhir..last mksedara jmpa pksdara thun lepas blk kg..xblh blik kg sbb pkp last2 blh blk kg krna kematian😩

♬ original sound – REZTU SINGGIH – Tik Toker

Salam takziah buat keluarga

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sebak melihat warga emas itu menangis sambil melihat upacara pengebumian anaknya.

Mereka juga mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham. Kehilangan insan tersayang akibat Covid-19 sememangnya sangat memedihkan lebih-lebih berita tersebut diterima setelah lama tidak berjumpa.

Sumber: TikTok mis_nsha

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*