RAUB – Hasrat satu keluarga membawa kucing kesayangan menerima rawatan berakhir dengan tr4gedi selepas empat beranak maut dalam kem4langan di Kilometer (KM) 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu,Jumaat.
Kemal4ngan yang mer4gut ny4wa seorang pesara tentera, Muhamad Fadzli Aming, 45, dari Kampung Jeruas, Sega di sini bersama isterinya Nur Asyitah Abu Samah, 44, dan dua anaknya, Muhammad Iqmal,13, dan Irina Nur Qhalesya,7.
Kucing kesayangan keluarga itu juga mati dalam kejadian itu.
Anak sulung mangsa, Muhamad Haiqal, 21, berkata, keluarganya dalam perjalanan membawa kucing mereka yang cedera selepas bergaduh ke Klinik Haiwan di Bentong.
Menurutnya, dia sempat makan tengah hari bersama keluarga sebelum kejadian dan mengakui suasananya berbeza seperti biasa.
“Kami sekeluarga jarang makan tengah hari bersama kerana ayah sibuk dengan kerja manakala adik-beradik bersekolah dan saya sendiri bekerja di sebuah stesen minyak.
“Semalam (Jumaat) saya tergerak hati balik awal daripada kerja dan sempat makan tengah hari bersama ayah, emak dan tiga adik,” katanya lagi.
Ujarnya, ibu dan ayahnya menunjukkan keceriaan sangat luar biasa dan tidak menyangka ia sebagai tanda hari terakhir ahli keluarganya berkumpul.
Tambahnya, mereka bergerak selepas solat Jumaat dan kira-kira 15 minit kemudian, dia menerima berita mengenai kemalangan berkenaan.
“Saya bergegas menunggang motosikal dan membonceng adik, Muhammad Iqhfal, 8, dalam hujan lebat ke tempat kejadian. Saya terkejut dan tidak percaya,” katanya lagi.
Menurutnya, arwah ayahnya merupakan pesara tentera udara berpangkat Pegawai Waran 11 telah bersara sejak 2018 dan kini bekerja sendiri.
Empat beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkubur4n Islam Balai Sega, Raub, Sabtu.
Tambahnya, dia reda dengan ujian yang menimpanya dan tekad menjaga adiknya menjadi insan berguna.
Sumber : wowberita
Leave a Reply