2 Tahun Tutup Bagi Tujuan Selenggara, Keadaan Terkini Masjid Kristal Jadi Bualan Warganet

Jika sebelum ini kec0h Bandar Gracia, Perak seperti ‘gh0st town’ kerana ketiadaan pengunjung dan terbengkalai, kini keadaan Masjid Kristal, Terengganu pula jadi bualan orang ramai.

Pengguna Twitter aazmeeriskndr telah berk0ngsi gambar ketika matahari terbenam di Masjid Kristal dengan kapsyen ‘The Abandoned Mosque, Masjid Kristal Terengganu’.

Menurutnya, terdapat atap yang runt0h di kawasan dalam masjid dan masjid tidak dibuka tetapi masih lagi boleh datang untuk bergambar di kawasan luar. Perk0ngsiannya itu meraih perhatian orang ramai dan rata-rata warganet berasa terkej0t melihat keadaan terkini Masjid Kristal.

Bukan itu sahaja, para warganet turut berasa sedih kerana Masjid Kristal ini tidak diselenggara dengan baik kerana ia merupakan antara tempat tumpuan pelancong.

Ada juga warganet mendkwa bahawa sebenarnya Masjid Kristal ini sedang dalam proses penyelenggaraan kerana itu ia tidak dibuka untuk solat. Akan tetapi, ada juga mempersoalkan proses penyelenggaraan yang agak lama iaitu sudah hampir dua tahun.

Segelintir warganet turut berk0ngsi kenangan mereka berkunjung ke Masjid Kristal ini dan rindu untuk solat di sini serta berharap masjid tersebut bukanlah dibiarkan begitu sahaja.

Sumber : The V0cket, Twitter  

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*