2 hari sebelum nikah, bakal suami buat hal jauhkan diri – “Dah janji nak halalkan..”

Pelbagai kisah bakal raja sehari ‘tak jadi kahwin’ dikongsi di media sosial, sedikit sebanyak membuatkan segelintir golongan bujang agak bimbang sekiranya mereka berdepan ujian eperti itu.

Situasi berkenaan terjadi kepada seorang gadis, @jieyhaa2 apabila terpaksa membatalkan pernikahan saat akhir disebabkan bakal suaminya dipercayai seolah-olah menjauhkan diri.

Berkongsi cerita menerusi video dalam aplikasi TikTok, gadis berusia 23 tahun itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 15 Mei iaitu bersamaaan 13 Syawal tetapi reda dengan perancangan Allah SWT.

@jieyhaa2 💪🏻awai lagi tuhan dah tunjuk bukan jodoh 😌 tapi kuat tempuh jugak sampai akhirnya😭 #fyp #fypシ゚viral ♬ bunyi asal – jieyhaa💓

Menurut jieyhaa2, dia sedar melalui pelbagai dugaan sewaktu bertunang sekali gus disifatkan sebagai ‘petunjuk’ kepada perhubungan mereka yang bukan ditakdirkan untuk hidup bersama.

“Awal lagi Tuhan dah tunjuk bukan jodoh, tapi kuat tempuh jugak sampai akhirnya. Dugaan bertunang baju terbakar. Cincin kena tukar.

“Dua hari sebelum akad nikah, awak dah mengelakkan diri daripada saya. Saya terpaksa batal pernikahan kita, sedih tak dapat teruskan majlis,” tulis gadis berasal dari Baling, Kedah itu. 

@jieyhaa2 ya allah . semoga diri ini terus kuat dengan dugaan yg akan mendatang. tak kuat tapi cuba kuatt. lagi 2 hari nak akad nikah 😫 sumpah sedih. tak sangka jadi camni. semoga redha. dan dapat lelaki yg baik² amin #fyp #fypage ♬ bunyi asal – jieyhaa💓

Berdasarkan dua rakaman dimuat naik, kelihata gadis itu sibuk melakukan persiapan menjelang hari bahagia selain membakar kad jemputan kahwin serta bunting majlis mereka akibat terlalu kecewa.

“Ya Allah. Semoga diri ini terus kuat dengan dugaan yang akan mendatang. Tak kuat tapi cuba kuat. Lagi 2 hari nak akad nikah, sumpah sedih. Tak sangka jadi camni. Semoga redha dan dapat lelaki yang baik² amin,” katanya.

Difahamkan, dia mengenali tunangnya yang dipanggil Wan itu sejak empat tahun lalu malah lelaki berkenaan sebelum ini telah berjanji untuk menghalalkan perhubungan mereka.

“Awak janji nak halalkan saya, macam-macam persiapan dah buat tapi awak tipu. Takpe reda kuat, semoga ada hikmah. Selamat tinggal kenangan,” luahnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa simpati terhadap gadis tersebut dan berharap supaya dia terus kuat dan dipertemukan dengan jodoh lebih baik.

Kuatnya hati awak!

Semoga jumpa jodoh yang tepat…

Sumber: TikTok jieyhaa2

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*