Dengan izin Allah SWT. Ternyata amalan berpuasa mereka sejak muda membuatkan dua beradik warga emas ini kekal sihat, alhamdulillah.
Berpuasa tiga bulan berturut-turut sejak muda, rahsia warga emas kekal sihat sehingga ke hari ini.
Rahsia Warga Emas Kekal Sihat
kami berdua mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu pada bulan-bulan lain.
“Sejak kebelakangan ini, disebabkan faktor kesihatan dan lanjut usia, kakak saya sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa selama tiga bulan. Dia hanya puasa penuh hanya pada bulan Ramadan kerana mudah keletihan,” ujar Pah yang memiliki lima anak, 18 cucu dan 36 cicit.
Berpuasa Tiga Bulan Berturut Sejak Muda
Dua beradik wanita warga emas yang berasal daripada Machang, Kelantan ini mendedahkan berpuasa selama tiga bulan berturut-turut sebelum kedatangan Ramadan menjadi amalan mereka untuk kekal sihat biarpun berusia lebih satu abad.
Munah Yunus, 115, dan adiknya, Pah, 111, yang sudah kematian pasangan masing-masing kini masih sihat tubuh badan, namun terpaksa mengengsot untuk bergerak selepas terjatuh kira-kira 10 tahun lalu.
Menurut Pah, dia dan kakaknya mengamalkan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban mengikut kalendar hijrah sebelum menyambung ibadah wajib itu pada Ramadan setiap tahun.
Katanya, amalan itu dilakukan sejak mereka muda lagi dan diteruskan meskipun sudah bergelar warga emas.
Jaga Solat
Bercerita lanjut, Pah memberitahu, selain berpuasa sunat, dia dan kakaknya tidak meninggalkan ibadah wajib lain termasuk solat lima waktu meskipun terpaksa melakukannya dengan cara duduk.
Mengikut kad pengenalan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara, Pah berusia 97 tahun, manakala kakaknya pula berusia 101 tahun.
Walau pun bagaimanapun, usia dua beradik itu dipercayai sudah melebihi 100 tahun berdasarkan kepada simbol * pada hujung nombor dokumen tersebut.
Pah mempunyai penyakit darah tinggi dan parkinson, manakala kakak pula tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
Biarpun sudah lanjut usia, Pah dan kakaknya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong di sini pada awal Ogos lalu sebagai ikhtiar mereka untuk menjaga kesihatan masing-masing di musim pandemik Covid-19 ini.
Sementara itu, anak ketiga Pah, Mohd. Ramli Ismail, 63, berkata, selain berpuasa, ibunya juga sangat mengambil berat berkaitan pemakanannya dan hanya makan hidangan sihat seperti ulam-ulaman.
“Saya bersyukur kerana ibu dan ibu saudara (Munah) dikurniakan kesihatan yang baik.
“Dalam usia yang sudah melebihi satu abad, mereka diberi peluang untuk melihat cucu-cucu dan cicit-cicit membesar di depan mata,” katanya.
Mimbarraudhah: Dengan menjaga pemakanan, Berpuasa serta solat juga adalah rahsia umur panjang bagi 2 beradik warga emas ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua. Semoga sama2 mendapat kebaikannya.
Sumber: Kosmo Online
Leave a Reply