1srael telah berjaya mencetak daging alternatif menggunakan pencetak 3D.

Daging ini mempunyai kualiti, rasa & tekstur yang sama dengan daging sebenar.

Terdapat dua syarikat Israel yang menjadi pelopor dalam teknologi ini iaitu Redefine Meat dan MeaTech.

Redefine Meat — bercaya mencetak daging berasaskan tumbuhan (plant based meat) yang terdiri daripada kacang, soya, minyak bunga matahari, lemak kelapa, bahan pewarna dan perasa semulajadi. Asasnya tumbuhan tetapi rasa macam daging.

MeaTech — mencetak daging berasaskan sel kultur lembu. Sel kultur diambil daripada lembu tanpa perlu menyembelihnya. Kemudian, sel kultur itu digunakan sebagai bahan untuk mencetak daging.

Terdapat beberapa kelebihan dengan teknologi ini;

  1. Kurangkan kos penternakan haiwan. Tidak perlu ternak banyak haiwan kerana daging dapat hasilkan dalam banyak unit melalui haiwan yang ada. Matlamat terbesarnya tiada lagi sembelihan haiwan (slaughter-free) berlaku.
  2. Dapat menjaga kualiti keselamatan daging (food security) itu dengan lebih baik.
  3. Boleh dapatkan daging dalam masa yang singkat berbanding menternak haiwan sebenar yang makan tahun baru boleh disembelih, itu pun tidak dapat dalam kuantiti yang banyak seperti yang dilakukan oleh mesin pencetak 3D ini.
  4. Kualiti daging dapat dijaga dengan baik dari sudut kesihatan. Nutirisi yang baik diambil, yang tidak baik dibuang seperti kolestrol & kalori berlebihan, patogen dan sebagainya. Penghasilkan ini menjadikan daging ini lebih selamat dan sihat berbanding daging tradisional dan daging berasaskan tumbuhan yang ada.
  5. Dapat kurangkan pelepasan karbon dioksida ke persekitaran akibat daripada aktiviti penternakan dan teknologi ini diakui oleh United Nations (UN).

Hukum daging cetakan yang berasaskan sel kultur bergantung pada status haiwannya. Kalau sel kultur diambil daripada haiwan yang tidak disembelih, maka tidak halal. Kalau disembelih, maka halal.

Daging berasaskan tumbuhan pula halal kerana ramuannya semua tumbuhan. Tiada daging pun walaupun panggil daging dan rasanya macam daging.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Sumber : Zamir mohyedin

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*