Pelakon dan usahawan kosmetik, Syifa Melvin berkongsi satu posting mengenai rawatan mata yang dilakukan bagi memulihkan penglihatannya yang rabun baru-baru ini.
Perkara ini telah dikongsi di laman Instagram dengan menceritakan pengalaman menjalani rawatan dipanggil Flap-Less iaitu seakan-akan pembedahan lasik itu yang bernilai RM12,800.
Gerun tapi tak rasa apa2 pun
View this post on Instagram
Difahamkan, pemilik nama Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu telah mengalami masalah r4bun mata selama hampir 15 tahun sebelum memilih untuk menjalani rawatan di pusat pakar mata milik penceramah terkenal iaitu Datuk Prof Dr. Muhaya Muhammad.
“Selama 27 tahun hidup harini adalah hari yang paling gerun sekali sebab pembedahan mata ialah benda paling seram. Tapi untuk bebas rabun, Syifa beranikan diri check mata dan terus buat on the same day.
“Demi Allah tak rasa apa langsung. Sangat best, cepat. Enam je dah ok tak silau dan kabur. Prof sangat tenang, sangat baik. Alhamdulillah sangah indah ilmu Allah SWT, “ tulisnya di ruangan kapsyen.
Posting pelakon berusia 27 tahun itu dihujani komen pengikutnya yang turut gembira melihat Syifa kini bebas daripada masalah rabun selain berharap agar mereka juga diberi peluang untuk melakukan perkara sama.
Dengar macam gerun je, tapi katanya baik-baik sahaja. Wah lepas ini dah tak payah susah-susah payah pakai lens atau mencari cermin mata yang diletak merata-rata!
Sumber: Instagram Syifa Melvin , Kosmo! Online (Haryati Karim)
Leave a Reply