10 Tahun Belajar Pelbagai Agama,Lelaki Ateis Dan Isteri Akhirnya Temui Jawapan Dalam Al-Quran
Percaya atau tidak, hidayah itu datang tanpa diduga dan paksaan daripada sesiapa. Jikalau seseorang itu sudah dipilih oleh-Nya sebagai insan bertuah yang bakal menerima hidayah tersebut, maka terimalah dengan hati terbuka. Sama seperti yang berlaku kepada seorang pasangan daripada Singapura ini.
Dalam perkongsiannya itu, Cedric Lim yang berwarganegara Singapura sebelum ini merupakan seorang anti-agama atau ateis telah mengambil masa lebih 10 tahun mempelajari dan mengkaji kitab-kitab agama lain seperti Buddha, Taoisme, Kristian, Hindu, Judaisme, bahkan kitab Setanisme juga, namun tetap tidak dapat menerima amalan yang disusun serta diamalkan dalam agama-agama tersebut.
Walau bagaimanapun, semasa sedang berbual dengan seorang sahabat beragama Islam, baru Cedric sedar bahawa sepanjang pengkajiannya itu, dia belum pernah lagi membaca Al-Quran.
Cedric kemudian memberitahu sahabatnya dia percaya tidak ada Tuhan yang mana sahabatnya mencelah dengan berkata bahawa dia sudah separuh daripada agama Islam. Ini kerana, menurut agama Islam, tiada Tuhan selain Allah SWT yang mencipta semua kewujudan.
“Allah SWT adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata sahabatnya.
Bermula daripada situ juga, Cedric mula meneliti kitab Al-Quran dengan niat mahu mencari kesalahan dalam kitab suci itu. Namun begitu, semakin Cedric mencari kesalahan, semakin dia sedar bahawa kandungan Al-Quran bersifat kekal dan tidak pernah berubah walaupun sudah wujud sejak dulu lagi. Bukan itu sahaja, kandungan dalam kitab Al-Quran juga mengandungi fakta saintifik yang bersesuaian dengan sains moden serta tidak pernah terbukti salah oleh mana-mana saintis.
Ekoran daripada itu, Cedric dan isterinya yang sebelum ini merupakan penganut agama Kristian akhirnya memilih untuk mengucap dua kalimah syadahah pada 17 Julai yang lalu. Cedric kemudiannya memilih menukar namanya kepada Muhammad Daniel Lim manakala isternya pula kepada Siti Khairiyah Wang.
Di bawah adalah perkongsian penuh Cedric Lim:
Ternyata ramai yang tersentuh dengan perkongsian Cedric itu sehingga mendapat hampir 10 ribu perkongsian dan 19 ribu tanda suka. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen beragama Islam turut mengucapkan rasa kesyukuran di atas petunjuk yang Allah SWT telah diberikan kepada pasangan suami isteri tersebut.
Sumber: Cedric Lim
Kredit: SAYS Seismik
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply